bio-home Mesra Alam Secara Semulajadi!!

Pembersihan Berkesan dengan Pencuci Dapur bio-home 

Formulasi tanpa bilas yang selamat digunakan ke atas kesemua permukaan peralatan dan permukaan dapur  

Pembersih Dapur bio-home yang baru diperkenalkan merupakan gabungan jarang agen pencuci mesra alam diperbuat dari bahan aktif semulajadi yang bertindak kuat ke atas kotoron degil dan kesan minyak namun lembut pada kulit. Ia sesuai untuk semua permukaan dapur termasuk permulaan dapur memasak ketuhar gelombang mikro, ketuhar, serta sinki dapur!

Lavender & Bergamot
bio-home, dengan bangganya diperkembang dan dimiliki oleh jenama warisan tempatan Lam Soon, merangkumi rangkaian bahan pembersihan rumah berasaskan tumbuhan mesra alam yang diperbuat dari bahan aktif terbiodegradasi dan boleh diperbaharui. 

Janji jenama bio-home adalah untuk menawarkan rangkaian pembersihan rumah premium mesra alam dengan keberkesanan tinggi dalam jangkauan pengguna yang mengambil berat tentang alam sekitar di samping mewujudkan persekitaran rumah yang lebih bersih, eko dan lebih menyenangkan.

Berkesan dan berpatutan, pembersih dapur mudah bio-home telah diuji dan terbukti, selamat dan lembut pada kulit yang halus.

Lemongrass & Green Tea
Kesemua produk bio-home diperbuat dari bahan aktif terbiodegradasi dan boleh diperbaharui berasaskan tumbuhan, dan bebas dari sebarang bahan yang berbahaya terhadap alam sekitar. Formulasi tanpa bilas yang memudahkan kerja pembersihan lebih senang dan efisien. Malah bahan pembungkusan dibuat dari bahan boleh kitar semula. 

bio-home mempunyai wangian menyegarkan yang tahan lama,  unik dan dapat menutup bau dapur yang kuat. Selepas membersihkan rumah dengan produk bio-home, bau rumah seperti spa! 


Pembersih dapur bio-home datang dalam dua variasi iaitu “Lemongrass & Green Tea” dan juga “Lavender & Bergamot”. Rangkaian pembersih dapur bio-home boleh didapati di seluruh Malaysia dengan harga RM10.60 untuk 500ml sebotol.

Comments

Popular posts from this blog

Botaneco Garden ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Campaign Adds 200 Trees To Kuala Selangor Nature Park

derma365: 365 days of care

dahmakan Jalin Kerjasama Dengan Ayam Brand™