dahmakan Jalin Kerjasama Dengan Ayam Brand™

dahmakan Jalin Kerjasama Dengan Ayam Brand™ Untuk Menawarkan Rasa Asli dan Kebaikan Santan Kelapa



Ayam Brand™, salah satu jenama isi rumah kegemaran yang mempunyai rangkaian luas produk makanan di Malaysia kini bekerjasama dengan startup peneraju penghantaran makanan tempatan, dahmakan. Kerjasama ini bertujuan untuk membawa rasa santan kelapa yang lazat kepada lebih ramai orang di Kuala Lumpur menerusi penghantaran makanan gourmet yang sihat oleh pihak dahmakan.

dahmakan menjadikan servis penghantaran makanan pada setiap hari lebih mampu milik. Pasukan chef hotel 5 bintang mereka menghasilkan hidangan tengah hari dan makan malam yang sihat menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Ia juga mudah dihantar ke pejabat atau rumah pelanggan dalam masa 45 minit selepas tempahan dibuat. Ayam Brand sememangnya sinonim dengan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet.

Kolaborasi di antara dua jenama ini dibina berasaskan nilai ingin menawarkan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet. Usahasama ini memastikan pelanggan dahmakan dapat menikmati rasa dan kelebihan Ayam Brand™ Coconut Milk di dalam hidangan-hidangan signatur mereka termasuklah Rendang Ayam dan Ayam Percik. Kerjasama ini akan berlangsung mulai Jun 29, 2018 selama tiga bulan.
 
“Rakyat Malaysia memang gemar makan dan mempunyai citarasa yang baik apabila menyentuh tentang hidangan kegemaran masyarakat tempatan seperti Nasi Lemak, rendang dan kari. Di dahmakan, kami sangat menitikberatkan aspek kualiti makanan. Kami ingin memastikan kami menggunakan bahan-bahan yang terbaik, sekali gus tidak berkompromi dari segi rasa dan aroma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama dahmakan, Jonathan Weins.

“Ayam Brand™ mengutamakan kebaikan, kepelbagaian dan kemudahan santan sejak bertahun-tahun lamanya. Kerjasama dengan dahmakan membolehkan kami mengujakan kumpulan pengguna baru yang pasti menghargai kualiti rasa santan dalam makanan gourmet hidangan tempatan. Kami harap kelazatan hidangan Ayam Brand™ dahmakan akan memberi motivasi kepada mereka untuk menghasilkan semula resepi-resepi yang sama,” kata Penasihat Pemasaran Strategik Ayam Brand™ Malaysia, Nathan Deverre.

Rakyat Malaysia memang sudah lama sukakan santan dan produk kelapa yang lain memandangkan kelapa merekodkan penggunaan per kapita paling tinggi (PCC) iaitu 17kg setahun[1], mendahului carta penggunaan tanaman buah-buahan di Malaysia. Ayam Brand™ pula merupakan jenama santan terlaris di Malaysia.

(Dari kiri) En Jonathan Weins, CEO dan Pengasas-Bersama dahmakan, En Nathan Deverre, Ayam Brand™ Penasihat Pemasaran Strategik Malaysia and Chef Eksekutif Riza Ismail di pusat operasi dahmakan.

Cuba menu baharu dahmakan dengan santan Ayam Brand™ dan tempah di laman web https://dahmakan.com/menu dengan harga bermula RM18 hingga RM29 termasuk penghantaran. Anda juga boleh membuat tempahan menerusi aplikasi mereka yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai-kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati produk Ayam Brand™!




Comments

Popular posts from this blog

Botaneco Garden ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Campaign Adds 200 Trees To Kuala Selangor Nature Park

derma365: 365 days of care