Langkah Mudah untuk Mengurangkan Penularan Wabak HFMD

Di antara Januari dan Ogos tahun ini, kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilihat naik mendadak apabila sebanyak 55,391kes HFMD dilaporkan di seluruh negara. Ini merupakan kenaikan sebanyak 127% atau 30,993 kes berbanding 2017, dengan 24,398 kes HFMD dilaporkan.

Antabax ABC untuk Kesihatan
Antabax, rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Halal nombor 1 di Malaysia menganjurkan kempen Antabax Amalan Bersih si Cilik (ABC) untuk Kesihatan, dengan kerjasama R.E.A.L Kids, rantaian tadika yang dikendalikan oleh pemilik paling besar di Malaysia. Ia kini mempunyai 33 pusat dan 5,000 orang murid di seluruh negara. Kempen ini menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan penyebaran HFMD dengan cara mendidik orang ramai, pada masa yang sama meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan ibu bapa tentang masalah kesihatan yang serius ini.

Jenama itu kini berkongsi tip-tip kesedaran tentang bagaimana untuk mengurangkan penularan HFMD di platform media sosialnya, Facebook dan Instagram. Antara kandungannya termasuklah cara-cara membasuh dan membersihkan tangan dengan betul, agar ibu bapa, guru-guru dan penjaga boleh berkongsi pengetahuan ini dengan rakan-rakan mereka untuk membantu mengurangkan risiko dijangkiti HFMD.

Antabax akan menyumbang produk-produknya seperti sabun tangan, sabun buku, krim mandian dan, tisu, gel dan penyembur pembasmi kuman kepada murid-murid pra-sekolah di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan HFMD yang tinggi, selain mengadakan bengkel pendidikan dengan mereka. Produk-produk ini mampu membunuh sehingga 99.9% kuman.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Penjagaan Peribadi dan Isi Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., En Francis Ng, pihaknya menggerakkan sumber mereka untuk membantu komuniti kerana semakin ramai kanak-kanak pra-sekolah dan murid sekolah rendah dijangkiti penyakit itu.

“Sebagai satu jenama Malaysia, Antabax memahami perasaan komuniti, terutamanya keluarga yang dijangkiti oleh penyakit ini. Kami menggunakan saluran media sosial untuk berkongsi langkah-langkah mudah mengurangkan penularan HFMD. Kempen ABC untuk Kesihatan kami akan diadakan di pra-sekolah tidak lama lagi bagi mendidik kanak-kanak tentang bagaimana mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan HFMD. Kami akan mengajar cara-cara membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. Ini kerana tangan yang bersih sangat membantu dalam menghalang penularan penyakit berjangkit,” kata En Ng.

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana mengenal pasti tanda-tanda dan simptom-simptom. Seterusnya mengajar langkah-langkah untuk mengurangkan penyebaran penyakit ini menerusi inisiatif kerjasama dengan pemain-pemain industri. Inisiatif Kerjasama Awam-Swasta ini boleh menjangkau lebih ramai kumpulan sasar dalam masa lebih singkat berbanding jika Kementerian Kesihatan bertindak sendirian.

“HFMD memberi kesan ke atas sosio-ekonomi komuniti kerana ibu bapa terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak yang sakit. Manakala sekolah yang terjejas teruk pula perlu ditutup sementara sehingga 10 hari untuk mengurangkan jangkitan. Usaha bersepadu daripada semua pihak mampu membantu mengurangkan penyebaran HFMD, pada masa yang sama membentuk tabiat kesihatan yang baik,” tambah En Ng.


(Dari kiri, baris hadapan) Cik Mandy Lee, Pengurus Kanan Produk, Penjagaan Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Pn Rufina Dalis Jimen and Mr Sasitheran K. Nair, (Kedua-dua Pn Rufina dan En Sasitheran ialah Penolong Pengarah Kanan, Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) En. Kenny Sim, Cik Esther Chien, Pengetua R.E.A.L Kids Sunway dan Pn Habibah Jalil, Jururawat dan Pensyarah, bersama jururawat dari Universiti MAHSA. (Dari kiri, baris belakang) Cik Malarini Vemalarajah, Pengurus Pusat Kanan, R.E.A.L Kids Zon Shah Alam dan Sunway, R.E.A.L Education Group Sdn Bhd.
Mengulas tentang kerjasama dengan Antabax, Ketua Pegawai Operasi R.E.A.L Education Group Sdn Bhd, En Kenny Sim berkata, “Kempen ABC untuk Kesihatan Antabax membuatkan penjagaan kesihatan diri semudah ABC dan kanak-kanak pra-sekolah pun boleh faham dan mengamalkannya. Saya diberitahu oleh pusat di mana program tersebut telah dijalankan, murid-murid mereka mula mengamalkan tabiat kebersihan ini.”

Apa itu HFMD?
HFMD ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus daripada kumpulan Enterovirus. Antara kumpulan virus yang disah menyebabkan wabak HFMD ialah Enterovirus 71 dan Coxsackievirus A16. Ia biasanya dipindahkan menerusi hubungan langsung dengan mukus, air liur, cecair lepuh dan najis individu yang dijangkiti HFMD.

Siapakah yang paling mudah terjejas?
Penyakit berjangkit seperti ini biasanya memberi kesan kepada bayi dan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun kerana tubuh mereka masih belum mempunyai imuniti ke atas virus yang menyebabkan HFMD. Namun begitu, kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa juga boleh dijangkiti virus HFMD. 

Tanda dan Simptom HFMD
Simptom-simptom awal ialah demam yang biasanya diikuti oleh sakit tekak, hilang selera makan dan rasa tidak selesa. Selepas sehari dua, ulser yang sakit akan timbul di dalam mulut dan/atau tekak, bintik-bintik merah muncul pada tapak tangan dan/atau tapak kaki yang kemudian mungkin bertukar menjadi lepuh. Simptom-simptom ini bagaimanapun berbeza dalam kalangan kanak-kanak.

Merawat HFMD?
Tidak terdapat ubat atau vaksin khusus untuk HFMD. Penyakit berjangkit ini perlu sembuh secara semula jadi; ramai doktor tidak memberikan ubat untuk penyakit ini. Ubat mengurangkan demam dan mandian air suam boleh membantu menurunkan suhu badan. Makanan sejuk seperti aiskrim atau smoothies juga boleh membantu melegakan sakit tekak pesakit yang biasanya mengalami kesukaran untuk menelan makanan. Mereka yang terjejas dinasihatkan supaya minum banyak air untuk mengekalkan penghidratan.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menghalang penyebaran HFMD? 
Risiko dijangkiti HFMD atau penyakit berjangkit yang lain boleh dikurangkan menerusi amalan kebersihan yang baik. Misalnya membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutama selepas menyentuh kudis atau lepuh, pergi ke bilik air, menukar lampin bayi dan juga sebelum menyediakan makanan dan makan, serta sebelum memberi makan kepada bayi.


Penting untuk anda sentiasa berhati-hati dengan permukaan yang mungkin tercemar. Jangkitan menerusi hubungan tidak langsung boleh dikurangkan dengan tidak menyentuh atau membersihkan permukaan tersebut menggunakan semburan anti bakteria. Cara lain yang boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan adalah mengelak daripada berhubung secara langsung dengan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD. Ibu bapa perlu memisahkan bayi dan anak-anak yang sakit daripada kanak-kanak lain di tadika, pusat asuhan, sekolah atau perjumpaan sehinggalah mereka benar-benar sihat.

Comments

Popular posts from this blog

Botaneco Garden ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Campaign Adds 200 Trees To Kuala Selangor Nature Park

derma365: 365 days of care

dahmakan Jalin Kerjasama Dengan Ayam Brand™