Guardian Memperkenalkan Botaneco GardenTrioOil-Anti-dandruff


Botaneco GardenTrioOil-Anti-dandruff

Masalah kelemumur? Guardian telah memperkenalkan syampu dan perapi anti-kelemumur kepada rangkaian Trio Oil Organik Botaneco Garden, yang diilhamkan dari alam semula jadi. 


Trio Oil Organik Botaneco Garden  yang bertemakan alam semula jadi.
Rangkaian anti-kelemumur ini adalah pilihan pengguna yang mempunyai kesedaran mengenai eko yang menggemari syampu dan perapi harian yang lembut namun berkesan untuk menangani kelemumur.

Terdapat empat kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi dan Aloe Vera sebagai bahan utama, rangkaian premium Minyak Argan dan Minyak Zaitun Organik, rangkaian Botaneco Garden Baby yang menggunakan Chamomile dan Koloid Oatmeal yang terjamin eko untuk rangkaian bayi yang lembut dan berkesan; dan rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan Trifecta 100% minyak yang dijamin eko - Babassu, Baobab dan Chufa.

Hair stylist Cassius & Linda bersama dengan model.
Setiap produk dalam rangkaian Trio Oil Botaneco Garden mempunyai lima pelembap - tiga minyak utama, dan dua lagi yang dipilih kerana fungsi khusus mereka untuk rambut dan kulit. 

Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan Jojoba dan minyak kelapa. 

Manfaat pelembab dari rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit yang berlebihan dan aktiviti kelenjar minyak yang berlebihan.


Syampu dan Perapi Anti-Kelemumur Botaneco Garden Organic Trio Oil berharga RM19.90 setiap satu, dan boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara, dan melalui e-store Guardian www.guardian.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

Botaneco Garden ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Campaign Adds 200 Trees To Kuala Selangor Nature Park

dahmakan Jalin Kerjasama Dengan Ayam Brand™