dahmakan Jalin Kerjasama Dengan Ayam Brand™

dahmakan Jalin Kerjasama Dengan Ayam Brand™ Untuk Menawarkan Rasa Asli dan Kebaikan Santan Kelapa Ayam Brand™, salah satu jenama isi rumah kegemaran yang mempunyai rangkaian luas produk makanan di Malaysia kini bekerjasama dengan startup peneraju penghantaran makanan tempatan, dahmakan . Kerjasama ini bertujuan untuk membawa rasa santan kelapa yang lazat kepada lebih ramai orang di Kuala Lumpur menerusi penghantaran makanan gourmet yang sihat oleh pihak dahmakan. dahmakan menjadikan servis penghantaran makanan pada setiap hari lebih mampu milik. Pasukan chef hotel 5 bintang mereka menghasilkan hidangan tengah hari dan makan malam yang sihat menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Ia juga mudah dihantar ke pejabat atau rumah pelanggan dalam masa 45 minit selepas tempahan dibuat. Ayam Brand sememangnya sinonim dengan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet. Kolaborasi di antara dua jenama ini dibina berasaskan nilai ingin menawarkan makanan yang sihat...