Langkah Mudah untuk Mengurangkan Penularan Wabak HFMD
Di antara Januari dan Ogos tahun ini, kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilihat naik mendadak apabila sebanyak 55,391 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara. Ini merupakan kenaikan sebanyak 127% atau 30,993 kes berbanding 2017, dengan 24,398 kes HFMD dilaporkan. Antabax ABC untuk Kesihatan Antabax, rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Halal nombor 1 di Malaysia menganjurkan kempen Antabax Amalan Bersih si Cilik (ABC) untuk Kesihatan, dengan kerjasama R.E.A.L Kids, rantaian tadika yang dikendalikan oleh pemilik paling besar di Malaysia. Ia kini mempunyai 33 pusat dan 5,000 orang murid di seluruh negara. Kempen ini menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan penyebaran HFMD dengan cara mendidik orang ramai, pada masa yang sama meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan ibu bapa tentang masalah kesihatan yang serius ini. Jenama itu kini berkongsi tip-tip kesedaran tentang bagaimana untuk mengurangkan penularan HFMD di